Homestay Berdekatan Zoo Melaka
Baru baru ini Malaysia dikejutkan dengan pendedahan mengenai keadaan Zoo Melaka yang makin tenat. Menurut temubual pihak media tempatan dengan pekerja di Zoo Melaka, faktor utama keadaan Zoo Melaka menjadi kian terabai, haiwan yang kekurangan makanan, kemudahan tidak diselenggara dengan baik, dan tiada tarikan menarik adalah kerana jualan tiket yang merosot dari masa ke semasa.
Namun setelah mendapat perhatian orang ramai daripada liputan pihak media, kerajaan negeri Melaka telah mengambil alih pengurusan Zoo Melaka. Kini, Zoo Melaka telah dibuka semula dan kerja-kerja pengubahsuian juga sedang dijalankan pada masa yang sama. Anda bolehlah mengunjungi semula Zoo Melaka untuk melawat haiwan-haiwan kegemaran dan pada masa yang sama membiayai kos ubah suai dengan jualan tiket yang dibeli.
Gazebo Homestay Melaka
Hanya beberapa km dari Zoo Melaka, Gazebo Homestay ini terletak di kawasan bukit berdekatan Muzaffar Heights, dan berdekatan semua tempat-tempat menarik berdekatan. Kemudahan seperti pondok gazebo yang sesuai untuk aktiviti seperti BBQ dan lain-lain
Lokasi: 10, Jln TAKH 14/1, Tmn Ayer Keroh Heights 1, 75450 Ayer Keroh Melaka
Harga: RM 230 / malam
Bilangan Tetamu: 10
Bilik: 4
Melaka Deluxe Cozy Stay #3
Hanya beberapa km dari Zoo Melaka, The Heights Residence terletak di kawasan bukit berdekatan Muzaffar Heights, pemandangan dari Bandar Melaka sehinggalah ke laut dapat dilihat dari bilik anda. Kemudahan seperti kolam renang, sauna, perpustakaan, kafe dan dobi adalah untuk kegunaan anda.
Lokasi: Jalan MH Utama, The Heights Residence, Puncak Muzaffar, 75450 Ayer Keroh (Google Map)
Harga: RM 255 / malam
Bilangan Tetamu: 6
Bilik: 3
The SNAIL Homestay Melaka
Jarak beberapa minit dengan kereta dari Zoo Melaka, The Snail Homestay terletak di Ayer Keroh Heights, Melaka. Homestay ini merupakan rumah teres setingkat dilengkapi dengan 3 bilik tidur yang boleh menampung 8 orang tetamu. Setiap bilik serta ruang tamu telah dipasang aircond.
Lokasi: 216, Lorong Setia 5, Taman Ayer Keroh Heights, 75450 Ayer Keroh (Google Map)
Harga: RM 360 / malam
Bilangan Tetamu: 8
Bilik: 3
Harga tiket untuk Zoo Melaka seperti berikut:
Sumber : Zoo Melaka
Dennis.8 Homestay Melaka
Cuma 10 minit dari Melaka Wonderland, Dennis8 Homestay terletak di Taman Ayer Keroh Permai. Rumah dua tingkat ini mempunyai 4 bilik tidur yang semuanya datang dengan pendingin hawa dan water heater shower.
Membawa konsep minimalis, homestay ini mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang luas diserikan dengan WiFi berkelajuan tinggi dan TV berserta saluran Astro. Homestay ini sangat ideal untuk keluarga atau kumpulan rakan yang ingin datang melawat Melaka kerana ia boleh memuatkan 8 - 12 bilangan tetamu.
Lokasi: No 8, Jalan AKP 2, Taman Ayer Keroh Permai, 75450 Melaka (Google Map)
Harga: RM 350 / malam
Bilangan Tetamu: 14
Bilik: 4
Suasana Oasis Ayer Keroh Melaka
7 minit perjalanan kereta dari Zoo Melaka, Suasana Oasis, yang menitipkan elemen romantik dan syahdu di dalam warna-warna dinding dan perabotnya terletak di Pangsapuri Taman Tasik Utama, Ayer Keroh dan hanya 7 minit ke Melaka Wonderland dengan kereta.
Menawarkan 3 bilik dengan katil bersaiz Queen, homestay ini juga didatangkan dengan WiFi percuma, Astro Njoi dan dua bilik air yang mempunyai water heater.
Lokasi: Pangsapuri Taman Tasik Utama,C-G-6, Jalan TU61,75450,Ayer Keroh (Google Map)
Harga: RM 180 / malam
Bilangan Tetamu: 10
Bilik: 3