Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas kurnianya dan keizinanNya dalam misi menjayakan idea Sally's Cottage Homestay...2 unit penginapan 2 bilik berkonsepkan suasana kedesaan inggeris bertempat di Kampung Sungai Buaya Banting (45 minit dr K.Lumpur) melalui highway SKVE ke arah jambatan baru Pulau Carey.
Berdekatan dengan masjid dan surau (5 min), restoran (5-15 min) dan tempat membeli belah di pasaraya The Store, Econsave, Giant, Megah di Pekan Banting. Pusat Pengajian tinggi dan asrama penuh seperti Kolej Komuniti, Sek Men Sains Banting, Kolej Matrikulasi selangor, Institut Latihan Perindustrian dll. (5-15 min)
Homestay comel..sesuai untuk keluarga (maksimum 6-10 orang) yang dibina asalnya sebagai rumah percutian keluarga telah diilhamkan oleh Allah pula sebagai Homestay percutian bg semua yang berminat untuk menikmati percutian dan kedamaian suasana kampung. Terima kasih utk ibuku tersayang..Pn Hajjah Maimunah Ismail yg terus mendoakan dan memberi sokongan tanpa jemu..mg Allah panjangkan umur dan merahmati hidupnya...
KEMUDAHAN
1. Bilik master: Katil queen size. Almari dan meja solek. Kipas. Penghawa dingin. Sejadah. telekung. Seterika + papan menggosok. Al Quran.
Bilik kedua: Katil double decker + pull out + 1 tilam tambahan.Kipas. Almari.Sejadah.
Ruang tamu: LED TV dan astro. Wifi . Sofa. Set kerusi rotan + cleopatra. Kipas. 2 chandeliar. Meja kopi. Bahan bacaan tarbiyyah.
Dapur: Kipas. Dapur masak. Rice cooker. Steamer. Soup boiler. Peti sejuk. Water heater. Kettle. Mesin basuh. Pinggan mangkuk dan peralatan memasak. Meja makan.
Bilik air: Pemanas air.
termasuk juga 3 buah basikal untuk bersantai menikmati keindahan dan suasana kampung yg permai.
PRIVATE SWIMMING POOL di dalam kawasan yang tertutup (above ground type) untuk muslimah khususnya yang amat menitik beratkan penjagaan aurat dan juga keluarga yang ingin bermandi-manda dalam suasana santai dan privasi.
2. Berdekatan dengan lokasi2 menarik seperti:
~PANTAI MORIB (10-20 min): rehlah keluarga/ mandi-manda
PUSAT PENGAJIAN TINGGI:
ILP, KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR, POLITEKNIK BANTING, SEK MEN SAINS BANTING, MITIB JUGRA (5-15 MIN)
BUKIT JUGRA:
Boleh menikmati udara segar dan nyaman serta mendaki puncak Bukit Jugra dengan menaiki kereta (10-15 min). Bagi yang meminati aktiviti lasak paragliding juga ada di sini.
JETI NELAYAN KELANANG (10-15 min):
Pemandangan dan suasana kehidupan di perkampungan nelayan
PULAU CAREY: (10-15 min)
Boleh melakukan aktiviti memancing dan mendapatkan ikan2 segar utk dimasak di sepanjang perjalanan menuju Sally's Cottage Homestay. Melalui jambatan baru, dpt menikmati suasana yang nyaman di sepanjang merentasi jambatan yang menyambungkan antara Pulau Carey ke kampung Sungai Buaya dan kampung2 berdekatan
~Melawat penempatan suku kaum asli Mah Meri. Melihat kerja2 pengukiran patung yang menjadi sumber pekerjaan mereka.
MELAWAT TEMPAT2 BERSEJARAH:
~MAKAM DIRAJA SULTAN ABD SAMAD (5-15 min))
~MASJID ALAUDIN KG BANDAR (Menjadi tapak dan penempatan pelajar2 Tahfiz MAAHAD INTEGRASI TAHFIZ SAINS DAN TEKNOLOGI ISTANA BANDAR(MITIB)) (5-10 min)
MELAWAT DAN MEMBELI KEREPEK
~Dikilang kerepek kampung Sungai Lang dan banyak lagi aktiviti menarik di sini.
MENIKMATI CENDOL BANTING
~Rasa nikmat cendol Banting yang tiada tandingan...di Pekan Banting
KADAR HARGA:
1. SEWAAN TANPA KOLAM RENANG
RM200 HARI (WEEKEND)
RM180 HARI (WEEKDAYS)
2. SEWAAN DENGAN KOLAM RENANG
RM300 HARI
****Booking 2 unit, rm150 sahaja untuk unit kedua ****UTK MUSLIM SAHAJA
*****CHECK IN: SELEPAS 2PM, CHECK OUT: SEBELUM 12.
GPS Coordinates: sally's cottage
[email protected],101.45821485668. Moga keberkatan dan rahmat daripada Allah untuk misi Sally's Cottage Homestay ini. Doa yang berpanjangan kami harapkan drp semua. Ameen Ameen Ya Robb...
Terima kasih drp saya.