10 Homestay untuk Keluarga Besar di Langkawi Featured Image

10 Homestay untuk Keluarga Besar di Langkawi

By [email protected] - Apr 01, 2018 (Last Updated Oct 21, 2019)

Pulau Langkawi, juga dikenali sebagai pulau yang terbesar di Malaysia, kaya dengan keindahan alam semulajadi dan lagenda kisah silam. Ciri-ciri tersebut menjadikan pulau ini sebuah tempat pelancongan yang menarik dan terkenal di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong luar negara. Jika anda bercadang untuk bercuti di Langkawi bersama keluarga yang besar seramai 5 orang dan ke atas, di sini kami senaraikan 10 homestay di Langkawi sesuai untuk keluarga besar.


Safia Langkawi Homestay

Safia Langkawi Homestay terletak hanya 3-5 minit ke pantai peranginan terkenal iaitu Pantai Cenang. Ianya juga mempunyai pemandangan sawah padi yang indah serta menyamankan. Safia Homestay juga amat sesuai untuk percutian keluarga dan istimewanya ialah homestay ini dilengkapi dengan kolam renang. Terdapat 3 buah rumah homestay dan sebuah roomstay yang luas (4 katil saiz Queen) dan kesemuanya terletak di dalam sebuah kawasan. Ini tentunya sangat memudahkan dan memberi keselesaan bagi para pengunjung dalam jumlah bilangan yang besar.


Bilangan Tetamu: 10 orang

Harga: dari RM180/malam
Alamat: Kampung Tanjung, Mk Kedawang, Kampung Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia (Google Maps)


Tempah dari RM 180!


Bumi Langkawi


Bumi Langkawi Homestay yang terletak di Taman Cenderawasih, Langkawi menawarkan kepada para pengunjung kediaman yang sungguh selesa dan dilengkapi dengan penghawa dingin. Homestay ini juga terletak hanya 7.3 km dari Langkawi Kristal, 7.6 km dari Dataran Helang dan 7.8 km dari Sungai Kilim Nature Park. 


Bilangan Tetamu: 8 orang
Harga: dari RM 275/malam
Alamat: No.27, Taman Cenderawasih, Mukim Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah (Google Maps)


Tempah dari RM 275!


CT Homestay Langkawi 2


Nikmatilah pemandangan bukit dan padang padi yang indah di CT Homestay Langkawi 2. Homestay ini terletak hanya 30 minit dari jeti dan 15 minit dari lapangan terbang dengan memandu. Juga sesuai untuk keluarga besar seramai 10 orang.


Bilangan Tetamu: 10 orang
Harga: dari RM180/malam
Alamat: 230, Jalan Makam Mahsuri, Kampung Bukit Temin Mukim Ulu Melaka, 07000 Langkawi, Kedah. (Google Maps)


Tempah dari RM 180!


Homestay Pulau Langkawi


Homestay Pulau Langkawi terletak berdekatan dengan Pantai Cenang, Laman Padi, Underwater World Langkawi, Lapangan Terbang Pulau Langkawi, Makam Mahsuri dan Jeti Kuah. Homestay ini terdiri daripada 4 bilik tidur dan 3 daripada 4 bilik tidur ini dilengkapi dengan penghawa dingin. Katil bayi, TV skrin dan peti sejuk juga disediakan. Tambahan pula, tetamu homestay boleh menggunakan peralatan BBQ yang disediakan tanpa membayar caj berlebihan.


Bilangan Tetamu: 18 orang
Harga: dari RM280/malam
Alamat: 1594, Jalan Haji Ibrahim Yunus, Kg. Bohor, Jalan Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah. (Google Maps)


Tempah dari RM 280!


Unique Stay House Langkawi 2


Unique Stay House Langkawi 2 merupakan sebuah homestay yang selesa dan dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan dan sesuai untuk didiami oleh para pengunjung yang berkeluarga besar. Di samping itu, anda cuma perlu mengambil masa hanya 3 minit ke Pantai Chenang, 10 minit ke airport dan 25 minit ke jeti.


Bilangan Tetamu: 12 orang
Harga: dari RM230/malam
Alamat: Kampung Lubuk Buaya Lorong Haji Ishak Jalan Bohor Tempoyak Mukim Kedawang 07000 Langkawi Kedah (Google Maps)


Tempah dari RM 230!


Unique Stay House Langkawi 1


Unique Stay House Langkawi 1 ialah antara salah sebuah rumah yang juga sesuai didiami oleh para pengunjung dalam bilangan yang ramai. Kawasannya yang cukup luas dapat menjamin keselesaan anda di samping anda dapat menikmati suasana yang tenang dan damai.


Bilangan Tetamu: 12 orang
Harga: dari RM230/malam
Alamat: Kampung Lubuk Buaya Lorong Haji Ishak Jalan Bohor Tempoyak Mukim Kedawang 07000 Langkawi Kedah (Google Maps


Tempah dari RM 230!


Al Fatih Home2stay


Al Fatih Home2stay adalah rumah percutian yang terletak hanya 1.3 km dari Taman Semulajadi Sungai Kilim dan Langkawi Bird Paradise. Homestay ini juga adalah salah satu homestay yang terbaik dan sering menjadi pilihan para pengunjung di kawasan Kuah, Langkawi. Di samping itu, homestay ini juga berdekatan dengan Langkawi Bird Paradise, Malaysia Book Village, Dataran Helang, pelbagai kemudahan dan tempat membeli belah yang akan memberi keselesaan kepada anda.


Bilangan Tetamu: 10 orang
Harga: dari RM200/malam
Alamat: No. 99, Tingkat 2 Langkawi Mall, Persiaran Bunga Raya, 07000 Langkawi Kedah Darul Aman (Google Maps)


Tempah dari RM 200!


DSaVilla Homestay


DSaVilla Homestay terletak di lokasi yang strategik kerana homestay ini berdekatan dengan lokasi tumpuan. Antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Hospital Langkawi, Makam Mahsuri, dan Pantai Chenang. Homestay ini berkonsepkan reka bentuk yang sangat unik di mana ruang makan dan ruang tamunya disambung melalui sebuah pintu gerbang. Set TV dan set sofa juga disediakan untuk keselesaan anda dan sesi hiburan anda di homestay ini.


Bilangan Tetamu: 12 orang
Harga: dari RM180/malam
Alamat: Lot 1297, Kg Perana, Mk Kedawang, 07100 Langkawi Kedah (Google Maps)


Tempah dari RM 180!


Sea Breeze Seaview Villa


Sea Breeze Seaview Villa terletak di lokasi yang cukup strategik di Bandar Kuah kerana ia berdekatan dengan Langkawi Parade Mega Mall, panggung wayang dan pelbagai kedai makanan dan minuman. Villa 2 tingkat ini juga mempunyai 4 bilik tidur, 4 bilik air, ruang dapur dan juga ruang tamu yang dilengkapi dengan televisyen, dan WiFi percuma untuk membolehkan anda melayari internet. Di samping itu, villa ini juga mempunyai sebanyak 5 penghawa dingin yang akan memberikan keselesaan dan ketenangan kepada para pengunjung yang mendiami villa ini.


Bilangan Tetamu: 9 orang
Harga: dari RM550/malam
Alamat: 2A, Lorong Simfoni 3, Taman Simfoni, Kuah, 07000 Langkawi. (Google Maps


Tempah dari RM 550!


Century Suria Service Suite Apartment


Century Suria Service Suite Apartment yang terletak di sepanjang jalan Taman Pelangi menawarkan kediaman apartmen yang selesa dan berdekatan dengan panggung wayang, Langkawi Parade Mega Mall, Makam Mahsuri, Dataran Helang dan Kuah Jeti. Apartmen ini dilengkapi dengan penyaman udara, dapur kecil yang dilengkapi dengan peti sejuk dan cerek elektrik, seterika, pengering rambut dan tuala. Para pengunjung juga boleh menikmati keseronokan berenang di kolam renang awam apartmen ini.


Bilangan Tetamu: 6 orang
Harga: dari RM230/malam
Alamat: Century Suria Kondominium, Jalan Taman Pelangi, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah. (Google Maps


Tempah dari RM 230!


Ingin mencari lebih banyak pilihan penginapan di Langkawi? Klik pada imej di bawah. 



Search for accommodations

Featured image of
Featured image of
Featured image of

Subscribe to us for awesome updates!

* indicates required

Rate this post

4.42 (31 VOTES)